Bantu Bina Semula Tujuh Rumah Dan Bina Ban Untuk Mencegah Kejadian Banjir Berulang – Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini pulang ke kampung untuk melawat rakan-rakan meninjau dan memberi bantuan kepada penduduk kampung yang mengalami air pasang besar disebabkan air laut berada diparas yang lebih tinggi daripada daratan manakala di darat pula berlaku kenaikan air berpunca daripada hujan lebat yang agak luar biasa.

Sehubungan itu kerajaan akan membantu membina ban-ban yang lebih tinggi di sekitar kawasan yang kerap dinaiki air akibat fenomena air pasang besar.Selain itu kerajaan juga akan menaik taraf kunci-kunci air dengan menambah kekuatan kilowatt pada pam-pam air yang sedia ada.

zahidbg2

Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh meminta penduduk kampung memberi kerjasama dengan memastikan titi atau jambatan sebagai penghubung dibina mengikut spesifikasi yang ditentukan terutama titi yang menggunakan kelubong (culvert) bagi mengelak berlakunya timbunan sampah yang menyekat aliran air.

zahidbg3

“Saya juga meminta kerjasama orang ramai agar ada kesedaran sivik untuk saling membantu memastikan air dapat mengalir dengan lancar supaya ia tidak dapat melimpah masuk apabila hujan lebat”.

Dalam perkembangan lain,Zahid Hamidi juga melawat mangsa-mangsa kejadian rumah terbakar di kampung Batu 9,Hutan Melintang.

img_20161121_112532

Zahid Hamidi berkata,beliau akan memberi bantuan tambahan kerajaan negeri bagi memastikan kesemua rumah terbabit disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Kita akan membina tujuh daripada 10 buah rumah kerana hanya tujuh sahaja yang berpenghuni.Segala kos pembinaan akan ditanggung sepenuhnya dan kita berbuat demikian bukan membayar pampasan tapi atas simpati dan tanggungjawab,”

img_20161121_112547

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup dan Pegawai Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin.

Zahid Hamidi turut menyerahkan sumbangan peribadi berupa barang keperluan dapur kepada semua wakil keluarga mangsa terlibat.

Zahid Hamidi berkata,kesemua rumah tersebut akan dibina semula di atas tapak asal namun pemilik perlu mengemukakan geran tanah masing-masing terlebih dahulu.Setakat ini kos pembinaan tujuh buah rumah terbabit masih dalam penilaian.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi Khamis itu memusnahkan 10 daripada 12 buah rumah, sekaligus meninggalkan mangsa sehelai sepinggang.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s