Zahid Hamidi Mahu Semua Pihak Hormati RUU355

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak menghormati Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah Pindaan 2016) atau RUU355 sebagai hak orang Islam dalam memperkasakan Mahkamah Syariah.

Zahid Hamidi berkata,kekeliruan tidak wajar berlaku dalam kalangan orang bukan Islam kerana rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh anggota Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bukan Hukum Hudud dan sama sekali tidak melibatkan golongan bukan Islam.

“Usul itu tetap akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat”.

“Saya berasa bertanggungjawab bersama-sama rakan lain,bukan kita mahu antagonis menentang kawan lain.Tetapi tolong hormat,kerana undang-undang ini hanya untuk orang Islam,kalau tidak faham kita akan runding,kita akan jelaskan dan jangan tentang sebelum faham”.

zahid3

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perasmian Simposium Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sempena Sambutan Jubli Emas Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Zahid Hamidi yang juga ketua Whip (Barisan Nasional) berkata,sebagaimana yang diterangkan dalam perjumpaan bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang Islam semalam,RUU355 bertujuan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah termasuk meningkatkan jumlah denda dan tempoh penjara,selain menambah baik gred perkhidmatan hakim-hakim.

RUU itu antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

zahid2

Terdahulu Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM35 juta untuk menaik taraf infrastruktur Darul Quran bagi menampung lebih ramai penuntut.

Katanya, kerajaan komited memperkasa institusi pendidikan tahfiz di negara ini dan memper­kenalkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

“Saya difahamkan sudah terdapat ramai doktor yang hafiz, jurutera yang hafiz, malah sudah ada jurutera aeroangkasa yang tahfiz. Kita kena ramaikan lagi golongan huffaz untuk menjadi pemangkin kemajuan dan buktikan bahawa Islam itu adalah ad-din,” katanya.

Harapan beliau,adalah untuk melihat Darul Quran menjadi Universiti dan seterusnya melahirkan profesional Islam yang huffaz.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s