Mahasiswa Di Ingatkan Jangan Mudah Terpengaruh Dan Membawa Budaya Barat Untuk Corak Masa Depan Negara – Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan golongan muda khususnya mahasiswa supaya tidak terpengaruh dan membawa masuk budaya barat untuk dijadikan acuan bagi mencorak acuan masa depan negara.

Golongan mahasiswa dalam dan luar negara perlu sentiasa berwaspada dengan aspek negatif dari barat yang mengenepikan hukum agama, nilai ketimuran serta mampu merosakkan institusi sosial

“Walaupun ada perkara yang dianggap baik dibarat,namun tidak semestinya ia sesuai diguna pakai di negara ini”.

“Mungkin ada yang boleh kita pinjam untuk dipakai dalam sistem kita,tetapi untuk memaksa sistem luar seratus peratus dijadikan acuan negara,mungkin tidak sesuai”.

“Wajah dan rupa negara bukan boleh dicorak oleh orang luar,kita yang perlu berikan wajah sebenar.Kita tidak izinkan orang lain yang mencorakkannnya,hanya kita sahaja yang boleh mencorakkan masa depan negara”.

zahid1

Zahid Hamidi berkata,ini kerana ada yang cenderung menjadikan nilai-nilai negatif sebagai acuan dinegara ini kerana menganggap nilai ketimuran merupakan sesuatu yang jumud atau konvensional.

Mengulas mengenai Pemanas, beliau berkata persidangan itu yang memasuki tahun keempat penganjurannya merupakan platform terbaik di luar suasana akademik di kampus yang boleh digunakan untuk generasi muda melontar pandangan dan mengupas isu semasa.

Sehubungan itu,Zahid Hamidi berkata pandangan berbeza yang diutarakan generasi muda perlu diambil kira kerana golongan itu berada di garisan hadapan masyarakat dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

Barisan kepimpinan parti dan kerajaan perlu mendengar kepelbagaian pandangan dan lontaran idea berbeza daripada generasi muda termasuk golongan mahasiswa supaya setiap tindakan yang mahu dilakukan adalah berpijak di bumi yang nyata.

“Pandangan mereka ini yang akan dapat merubah landskap politik, menukar pola pembangunan negara dan pemikiran kepimpinan kerajaan.”

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s